Pengertian ICT

DEFINISI ICT
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.

 
DEFINISI MAKLUMAT

Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997), "Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system of encoding a message so that it can be stored, retrieved and manipulated, and functionally it is something that alters a person's cognitive organisation".
Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfkir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

DEFINISI KOMUNIKASI

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information, and again may be viewed in terms of the structure of that interchange or its function in affecting people's understanding and knowledge. Information and communication are, therefore, inextricably linked "(Brown 1997).Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information). Manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat (Norhayati 2000). Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit, telegraf, modem dan sebagainya. Perkataaan telekomunikasi pula berasal daripada perkataan Greek ‘tele’ yang bermaksud “sangat jauh”. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.

DEFINISI IT DAN ICT

Istilah IT adalah suatu istilah yang biasa digunakan dan sinonim dengan istilah teknologi komputer. Menurut Longman dictionary of contemporary English (1987), IT didefinisikan sebagai "The science and practice of using computer and telecommunication system to gather, store, apply and transmit information".