Penyelengaraan Peralatan ICT di Sekolah

GARIS PANDUAN OPERASI PELAKSANAAN
PENYENGGARAAN PERALATAN ICT

SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2010

Bahagian Teknologi Pendidikan telah mencadangkan pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT  bagi tahun 2010 melalui subwaran yang ditentukan ialitu

                                              1.Sekolah tiada PTJ - BTPN / PPD / PTPB
                                              2.Sekolah PTJ - Sekolah yang mempunyai PTJ
                                              3.Kontrak KPM - RHL Engineering Sdn.Bhd
                                              4.Kontrak KPM - Kaypi Technologies Sdn Bh

  • Peralatan yang perlu disenggara adalah :

                  1.Komputer Peribadi
                  2.Komputer Riba
                  3.Server
                  4.Projektor LCD/DLP
                  5.Pencetak Mono
                  6.Pencetak Laser warna
                  7.Pencetak Dot-Matrik
                  8.Set Rangkaian LAN

  • Peralatan ICT yang termasuk dalam skop penyenggaraan adalah :
                   1.Peralatan ICT yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

                   2.Peralatan ICT yang digunakan untuk pentadbiran sekolah.
                   3.Peralatan ICT yang digunakan untuk asrama sekolah
                   4.Peralatan ICT yang digunakan untuk pra-sekolah

  • Syarat peralatan ICT yang layak senggara adalah :
                   - Peralatan ICT yang telah didaftarkan sebagai aset kerajaan dan mempunyai nombor siri   
                     Daftar  Harta Modal(DHM).
                   - Peralatan ICT yang telah tamat tempoh jaminan .(warranty)
                   - Peralatan ICT yang tidak dikategorikan sebagai alat yang tidak wajar disenggara atau 
                     perbekalan peralatan ICT tahun 2002 ke atas. (Beyond Economic Repair-BER)

Masalah Teknikal dalam Kelas online Dimdim

Salam sejahterah,

Pada hari ahad yang lepas iaitu 22 ogos 2010 sekali lagi kami telah mengadakan kelas secara online. Tetapi ada kelainan sedikit dalam kelas kali ini dimana pensyarah kami telah meminta beberapa rakan sekelas kami untuk membentangkan hasil kajian masing-masing dengan menggunakan powerpoint. Kelas kami berjalan dengan lancar tetapi ada ketikannya ada gangguan suara dan gambar. Ada kalanya suara dapat didengar tetapi gambar tidak dapat dilihat dan juga sebaliknnya. Jika masalah ini dapat diatasi maka kelas boleh berjalan dengan baik sekali.

Walaubagaimanapun, kelas secara online ini memberikan banyak kelebihan dan menarik minat. Harab perkara ini dapat diperluaskan dalam bidang-bidang lain.

Kebaikan dan Pengalaman Kelas Online

Salam Sejahtera.

Kami pelajar pasca siswazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris sering kali mengadakan kelas online bagi Kursus Isu-isu ICT dalam pendidikan . Kelas online ini adalah satu anjakan paradigma bagi guru-guru untuk mengadakan kelas melalui internet. kami telah mengadakan kelas online baru-baru ini dan ia memberikan banyak input yang berguna kepada saya dan juga isteri yang turut mengikuti kelas berkenaan. Isteri saya begitu gembira setalah melihat sendiri bagaimana kelas ini berjalan dan beliau juga terkejut dengan kemajuan dalam dunia ICT.

Saya rasakan dengan web Dimdim yang digunakan untuk kelas online ini pihak sekolah yang ada PIBG yang cemerlang boleh meminta mereka membayar yuran web Dimdim dan meggunakan web ini untuk pengajaran dan pembelajaran. Selain itu pihak pentadbir juga boleh mengadakan mesyuarat menggunakan bantuan ict ini. Jika perkara ini dapat dilakukan di sekolah ia akan menjadi satu daya tarikan kepada pelajar dan guru. contohnya kita boleh menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas dan pen dimana pelajar boleh menyampaikan kerja mereka dalam internet. 

Jika semua kelas dibuat dengan sistem ini baik sekali. saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menggucapkan terima kasih Tuan Haji Nazri yang memperkenalkan sistem ini kepada saya. sekian