Kebaikan dan Pengalaman Kelas Online

Salam Sejahtera.

Kami pelajar pasca siswazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris sering kali mengadakan kelas online bagi Kursus Isu-isu ICT dalam pendidikan . Kelas online ini adalah satu anjakan paradigma bagi guru-guru untuk mengadakan kelas melalui internet. kami telah mengadakan kelas online baru-baru ini dan ia memberikan banyak input yang berguna kepada saya dan juga isteri yang turut mengikuti kelas berkenaan. Isteri saya begitu gembira setalah melihat sendiri bagaimana kelas ini berjalan dan beliau juga terkejut dengan kemajuan dalam dunia ICT.

Saya rasakan dengan web Dimdim yang digunakan untuk kelas online ini pihak sekolah yang ada PIBG yang cemerlang boleh meminta mereka membayar yuran web Dimdim dan meggunakan web ini untuk pengajaran dan pembelajaran. Selain itu pihak pentadbir juga boleh mengadakan mesyuarat menggunakan bantuan ict ini. Jika perkara ini dapat dilakukan di sekolah ia akan menjadi satu daya tarikan kepada pelajar dan guru. contohnya kita boleh menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas dan pen dimana pelajar boleh menyampaikan kerja mereka dalam internet. 

Jika semua kelas dibuat dengan sistem ini baik sekali. saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menggucapkan terima kasih Tuan Haji Nazri yang memperkenalkan sistem ini kepada saya. sekian 

0 Response to "Kebaikan dan Pengalaman Kelas Online"

Post a Comment